Seminggu ni, banyak perkara yang berlaku
salah satunya ialah registration of new students
isnin lepas, bawa kenalan baru ke university
walaupun bukan university tempat aku belajar,
tapi aku tahu juga sikit2 getting around that university
daripada pagi keluar rumah 8.30am till 11pm sampai rumah
sangat penat indeed tambahan pula hari tu berpuasa

however, sangat best bawa kawan baru ke university
kerana itu, ku dapat kawan baru seorang lagi weee~
cara berkenalan pun sangat best
selepas menghantar kawan ke tempat briefing,
aku menunggu di luar.
lama jugak sesi tu, kira2 sejam
so, i decided to read Quran
duduk la di satu bangku di tengah2 laluan
yang waktu tu ramai sangat new students lalu lalang.

selepas kira-kira one hour,
ku menyedari ada orang berdiri di depan tempat ku duduk
oh~Iskandar, and err.. ada seorang lagi lelaki
siapakah dia? tapi aku secara spontan hulurkan tangan
mata día tak terlepas daripada melirik kepada al-Quran yang ku pegang
rupa2nya, mereka keluar daripada building yang sama
Iskandar cakap, daripada pintu building lagi lelaki tu renung apa yang ku pegang
staring at my Quran and menghampiri tempat duduk ku.
aku stop reading al-Quran dekat ayat al-Baqarah:135

“Dan mereka berkata, “Jadilah kamu (penganut) Yahudi dan Nasrani, nescaya kamu mendapat petunjuk.” Katakanlah, “(Tidak!) Tetapi (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus dan dia tidak termasuk golongan orang yang mempersekutukan Tuhan.”

nama lelaki tu Samer, a bit of his background
he knows about Quran cos he’s Muslim too
his father is Palestinian, his mother is Lebanese
he was born in Greece
doesn’t have Arab look, more to Greek in my opinion
can speak English, Hellenic and Arabic
menurut dia, kat tempat dia di Greece
the closest mosque is 4 hours driving by car
i couldn’t imagine that, the surroundings shape his life
used to perform prayers during his childhood

then, ku bawa Iskandar and Sam for lunch
selesai makan, dekat pintu restaurant tu ada tanda halal
“oh~halal, i didn’t notice it”, said Sam
aku hanya tersenyum padanya.
kami ajak dia ke masjid untuk solat zuhur
but dia cakap dia tak pandai solat
maybe next time he will
dia ada juga cakap, one day dia nak mintak aku tunjukkan masjid untuk dia
but for sure not that day because he felt awkward
dia nak belajar solat juga.
thus, dia minta ku ajarkan
however i think there is a better person to do this
a friend of mine, African and can speak Arabic
jadi, ku bagi his fon number to my friend

hari ni, Sam ajak keluar
dah banyak kali ajak keluar, seingat aku minggu ni dah 3 kali ajak
tapi ku still tak dapat memenuhi undangan
busy bawa new students yg boleh kata hari2 ada je yang baru sampai
so, hari ni ku dah janji nak keluar
beriya-iya nak ajak lunch sekali
=)

semalam, ku dapat kawan baru juga
nama dia Alex
a new muslim around 3 months
tanya dia bagaimana during fasting month and raya
tapi tak dapat cakap banyak dengan dia sebab kekangan masa
maybe next time jumpa dia lagi insyaAllah
pabila jumpa a new Muslim, soalan yang seakan2 wajib bagi aku ialah
apa yang membuatkan dia terbuka hati untuk revert to Islam
boleh jadikan reflection untuk diri sendiri yang dilahirkan sebagai Muslim
but yet macam tak hargai keislaman itu, nauzubillah…

serba sedikit what had happened in a week
tak update pasal new students, will do next time insyaAllah
now, nak bersiap-siap pergi jumpa Sam
doakan semua berjalan lancar…
can’t wait!

xx

semalam dan hari ini
dua filem sekali aku tonton
gara-gara dah tak tau nak buat apa
mati kutu kat rumah sorang2 nih
dah dekat sebulan dah
heh…bile lah school nak starts
tak sabar pulak

dari hari first raya till today
hanya kakak and abang je baru berjaya call
yang len2? sume busy beraya and benda2 lain
mak ayah? sms je hari first
hari2 lain, sume tak diangkatnya tepon
so, raya mmg tak macam raya dah gamaknya
i mean not typical raya macam di tanah air

tahun ni jugak, first time
since my mom (i mean my real mom) takde
tak pergi ziarah pusara
al-Fatihah…
so, this time my dad and twin je yang pergi
without me =(

back to tajuk,
semalam ku mulakan menonton dengan cerita
yang dah memang ada dalam laptop
tapi tak pernah tengok
cari2, ada satu je filem yang ntah mcm mana
boleh ada dalam laptop
Hikayat Merong Mahawangsa

ok, citer melayu…fine
layan je la (sebenarnya malas nak tgk)
jalan cerita? boleh la…
putera Rom nak kahwin dengan puteri China
jumpe kat tanah melayu
then conflicts pun build up

kesan effect sume tu? susah sikit nak komen
kualiti muvi yang ada nih pun tak berapa bagus
tp faham2 je la production malaysia, ehem2
pengajaran paling utama?
jgn percaya tilik nasib
perkara2 sihir etc etc yang kurafat
syirik sungguh!
(dah memang cite pada zaman dulu kan)

seterusnya, baru je dalam 3 jam yg lepas
abis menonton cerita The Kite Runner
dah lama teringin nak baca buku nih
selalu je nampak dekat book shelf
antara buku yang popular
pasti korang sume lagi tahu
buku ni pun dah lama
movie ni tahun 2007 kalau tak silap

apa yang suka pasal movie ni?
gambaran dua watak yg sangat berbeza
satu yg ikut je flow hidup
satu lagi akan fights back
suke sesangat walau ceritanya simple je pun
berlatar belakang Kabul, Afgan
apa yang menarik, mesej yang nak disampaikan still universal
memang boleh dikaitkan dalam hidup
tak kisah lah kita ni berbeza hidup dengan mereka
tak nak citer lebih2, suggest download and tengok
kalau cerita kang, nanti tak surprise pulak
bagi yang baca buku, aku tak pernah bace buku ni
tapi selalunya, buku lagi best
highly recommended tgk movie ni
tapi diingatkan, movie ni lama juga, durasi 2 jam

p/s: tak tahu mengarut je. ada pulak tulis post pasal movie. sebenarnya main point dia, nak suruh tengok the kite runner. tu je….

xx

somehow i really like this song
i just knew this kind of song
unexpected finding ‘cos actually
i browsed the most disliked video
after reading a comment from a youtube user
which his infamous single, ‘baby’
that led me to this single instead

Read the rest of this entry »

suatu hari anda berseorangan di rumah
bersiap-siap untuk keluar ke pasaraya
belum sampai sepuluh minit tiba
anda tetiba teringat sama ada tingkap bilik anda telah dikunci atau belum
anda mula resah, banyak benda yang anda ingat-ingat lupa
semua serba tak kena

Read the rest of this entry »

pejam celik pejam celik
ramadan telah berlalu meninggalkan kita
belum tentu akan ketemu lagi ramadan seterusnya
mudah-mudahan amal diterima oleh Allah

sayu, sungguh sayu hati ini
tiada lagi “restrictions”
peraturan-peraturan yang sememangnya perlu diikut
as a muslim,
but lebih dihayati pada bulan yang mulia itu
moga penghayatan itu dibawa bersama
sebelum bertemu ramadan yang seterusnya andai panjang umur

sekarang
yang tinggal hanya iman yang menentukan
andai lemah, ramadan berlalu tanpa memberi kesan
andai berjaya, iman dan takwa menjadi bekalan
O Allah~ kuatkan diri kami
tunjukilah kami jalan yang lurus
kami memohon perlindungan
daripada kejahatan jin dan manusia

pabila takbir raya bergema
hati meruntun pilu meninggalkan ramadan
bermakna, esok kemenangan setelah apa dilakukan
tapi adakah diri betul-betul mendapat kemenangan?
apakah ramadan berjaya melatih diri
menjadi insan yang lebih bertakwa?
tanya iman, tanya hati

selamat hari raya kepada yang berada di tanah air
maaf zahir batin

taqqabal Allahu minna wa minkum
wa kullu ‘aamin wa antum bikhayr

September 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Disc-claim-er

[Mr. T] ~ Yang memberi nasihat kepada penulis, sama ada orang lain atau diri sendiri yang mengkritik diri.

[Aku] ~ Coretan penulis

[Anda & Kita] ~ Sama-sama bermuhasabah

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 1 other follower

%d bloggers like this: